~ menyusuri ranjau berduri,mencari cinta dan redho Illahi ~

Monday, 24 September 2012

N.A.S.Y.I.D

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ooppss...wabak nasyid melanda...hihi ^ ^




 Lagu Cinta - Varianz
Ku percaya cinta hadiah dariNya
Cinta hadir anugerah Yang Esa
Apa itu cinta yang selalu kau puja
Mekar bila bertemu dengannya

Sukarnya mencari cinta kala resah dan gelisah
Kerna diriku hanya insan biasa
Ku ungkapkan kalimah cinta pengubat duka dan lara
Datang bertemu cinta yang setia

Cinta hadir anugerah dariNya
Mewarna seluruh jiwa
Cinta agung miliknya Yang Esa
Kan abadi selamanya

Ku menggapai cinta di langit yang tak terduga
Walau tersimpan seribu rahsia
Tanpa rela cinta nyawa bagai kan tiada
Cinta tanpa cahaya dariNya

Ku percaya cinta hadiah dariNya
Cinta hadir anugerah Yang Esa

Ku percaya cinta hadiah dariNya
Cinta hadir anugerah Yang Esa

C.I.N.T.A

Assalamualaikum w.b.t..

Bismillahirrahmanirrahim..Pertama-tama dan selama-lamanya,bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih mengurniakan dan meminjamkan kita nyawa untuk terus bernafas di bumi Allah..selawat dan salam atas junjungan Rasulullah s.a.w serta keluarga baginda...

Setelah sekian lama mendiamkan diri,
ana kini kembali..membawa satu tajuk yang sentiasa bermain di fikiran 
pemuda dan pemudi..terutamanya yang menjadi fenomena buat student aliran agama..

C.I.N.T.A.

cinta itu fitrah bagi manusia..tapi,ramai yang salah dalam mengekspresikan cinta..
sebab tu la munculnya istilah couple..
wait2,,kenapa bila kita sebut cinta,kita terus membayangkan cinta antara lelaki dan perempuan ye???
kenapa kita tak membayangkan cinta hamba kepada Penciptanya??
kenapa kita tak membayangkan cinta umat kepada Rasulnya??
kenapa kita tak membayangkan cinta parents kepada anaknya??
kenapa kita tak membayangkan cinta adik kepada kakak atau abangnya??
kenapa kita tak membayangkan cinta sahabat kepada sahabatnya yang lain??

hhmmmm.....sebab tu la ana muncul dengan tajuk ni....(^,^)

eh2,salah ke bercinta????
semestinya TIDAK...serius ni,tak salah bercinta...
tak salah bercinta dengan yang halal buat kita : )
duuussshhh3...betul la apa yang ana kata kan....ok,siapa yang tak setuju boleh angkat tangan!!!!


cuba baca balik apa yang Ibnu Qayyim Al-Jauziah cakap..."cinta itu merupakan satu penyakit yang besar,ubatnya adalah perkahwinan"
cinta kat ayat ni refer kepada cinta kepada manusia..means cinta antara lelaki dan perempuan laa...


حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَكِيمٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُنْكَحُ النِّسَاءُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
Artinya: Wanita dinikahi karena empat faktor. Karena hartanya, nasabnya, kecantikannya, dan karena agamanya. Maka, menangkanlah wanita yang mempunyai agama, engkau akan beruntung.
daripada hadis di atas,kita dapat fahami yang terdapat 4 kriteria bagaimana kita boleh memilih pasangan hidup kita iaitu:
1)kerana hartanya
2)kerana keturunannya
3)kerana kecantikannya
4)kerana agamanya
dan beruntunglah orang yang memilih pasangannya kerana AGAMAnya..
tapi,kenapa ramai juga yang memilih pasangan hidup semata-mata kerana kecantikan/keturunan/kekayaan pasangan tersebut???
hhmmm...cuba fikir-fikirkan...
semua tu takkan kekal lama,kan???
so,pilihlah akhowat atau ikhwah yang ingin dijadikan pasangan hidup kerana AGAMA yang ada padanya.. 
insyaAllah,bahagia hingga ke syurga... ^ ^



akhir kalam,semoga kita semua dikurniakan pasangan yang dipilih atau yang memilih kita semata-mata kerana agama..bukan kerana kecantikan,keturunan atau kekayaan yang ada pada kita..dan semoga cinta halal yang dibina lillahi ta'ala kekal hingga ke JannahNYA...

Sunday, 19 August 2012

Pimpinlah Tanganku Hingga ke Syurga

Bismillahirahmanirrahim...

bingkisan ini ditujukan khas buat sahabat yang menyedarkan ana tentang amanah yang sentiasa  terpikul di bahu ana..amanah yang perlu dilaksanakan bukan hanya di satu2 tempat,tetapi di segenap pelusuk bumi..andai ana dilempar jauh ke tempat asing sekalipun,amanah ini tetap terpikul di bahu ana..terima kasih sahabat..walaupun hanya dengan satu ucapan,"liana tolong doakan ana kuat",enti telah menyedarkan ana..

puisi ini untukmu,
Nur Aishah binti Abdul Latif serta sahabat2 ana yang lain...


sahabat,
ana tahu jalan ini payah,
ana tahu jalan ini susah,
ana tahu jalan ini tidak dihampar dengan karpet merah,
ana tahu jalan ini menuntut seribu satu pengorbanan,
tapi,ana yakin dengan jalan ini,
jalan yang ana dan sahabat pilih,
kerana ana tahu ana boleh menghadapi jalan ini,
kerana ana tahu ana boleh menempuh setiap onak dan duri sepanjang jalan ini,
kerana ana tahu ana mempunyai sahabat y
ang bersama ana dalam mengharungi setiap saat dan setiap ujian yang dihampar di jalan ini,
dan sesungguhnya ana tahu Allah akan sentiasa bersama kita sepanjang jalan ini,
menuntuni setiap derap langkah kita hingga ke syurgaNya..
insyaAllah...

----------------------------------------------------------------------------
semoga terus kuat dan bersemangat dlm menempuh jalan ini,
jalan yang sme2 kita pilih,
sme2 menguatkan,
sme2 memimpin tangan hingga ke syurgaNya..

Sunday, 12 August 2012

BUAT SAHABAT SEPERJUANGANKU

Bismillahirrahmanirrahim...




BUAT SAHABAT SEPERJUANGANKU

ku cintakn prjuangan ini
mmbawa islam tegak di bumi ini
meninggikan sunnah di muka bumi
menjadikan Allah sebagai Rabbi
meletakkan Rasulullah sbg utusan Illahi..

aku sedar hakikat sebenar diriku ini,
ku hnye insan lemah yg trkadang leka dgn dunia,

tidak mengetahui bila jatuh bangunku,
ku pohon darimu sahabat seperjuanganku,
kuatkn daku di saat ku lemah..
dampingi daku di saat ku sendirian 
nasihati daku di saat ku khilaf
sedarkan daku di saat ku leka
bantu daku di saat ku memerlukan
sayangi daku di saat ku kesepian.. ♥ ♥
--------------------------------------------------------------------------
itu sahaja yg dpt kunukilkan tulus dari hati kecil ini
cuma sekadar luahan hati
terimalah diriku yang lemah dan pnoh kekurangan ini sbg sahabatmu,
sahabat seperjuanganku,
tapi,ku tidak mungkin sesekali berjanji akn mmberikn spenuh cinta dan kasihku untukmu,sahabat
kerana hatiku hanya milikNya
Tuhan yg mncipta hatiku sndiri
ku hanya mampu menghulur secebis kasih yg berbaki di dlm hatiku ini
untukmu,sahabat perjuanganku 

Saturday, 11 August 2012

Bukan Hanya Jalanku


In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful...

ku mulakan kalamku dengan mengucap syukur pada yang telah memberi nikmat kepada    seluruh kehidupanku..memberi nikmat yang tersebar buat diriku;iman dan islam..moga diriku tergolong dalam golongan hambaNya yang sentiasa bersyukur disaat senang mahupun susah,mudah mahupun payah,lapang mahupun sempit,gembira mahupun sedih,dan disetiap saat yang ku lalui dalam menempuh perjalanan hidupku...selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w yang telah berpenat lelah berjuang menegakkan Islam di muka bumi Allah..semoga kita semua termasuk dalam golongan yang dimaksudkan dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w mafhumnya:menjadikan Allah dan RasulNya lebih dicintai olehnya daripada selain keduanya(Allah dan Rasul)...ameen...



merangkak,berjalan,berlari di bumi tarbiah Universiti Malaya Nilam Puri ,Kelantan memberi sejuta satu pengertian dalam hidupku..bermula dengan satu tekad iaitu menggapai cinta Illahi ketika mula melangkah kaki di sini..dan sekarang,tekadku untuk menafkahkan seluruh hidupku untuk perjuangan Islam..bersama sahabat-sahabat yang sama-sama melafazkan janji setia bersamaku..janji untuk memperjuangkan agama Allah setiap masa di mana sahaja kami berada..

Perjuangan ini memang payah,tak akan pernah dihampar dengan karpet merah..itulah perjuangan yang sebenar..jika kita merasa senang,tidak merasai cabaran,itu tidak dipanggil perjuangan..mungkin sahaja kita langsung tidak berjuang..

Kita takkan pernah bisa lari dari kewajipan berjuang di jalan Allah..jalan dakwah..
"sesiapa yang mengucapkan la ilaha illa Allah,dia adalah da'ie"
Ya,tepat sekali..setiap muslim adalah da'ie..tanpa mengira umur,darjat,kaum,negara dan sebagainya..KITA ADALAH DA'IE...semat kata-kata ini di dalam fikiranmu,sahabat-sahabat..jangan pernah leka untuk menjalankan amanah kita yang satu ini..ingat,kita punya amanah untuk menyebarkan dakwah...

cuba fikirkan..andai Allah sudah tidak mahu meminjamkan nyawa buat kita..saat nyawa kita ditarik..saat kita menghembuskan nafas yang terakhir dalam keadaan kita lalai dari tanggungjawab kita,amanah kita sebagai seorang da'ie..apabila ditanya tentang amanah kita sebagai seorang da'ie...apa yang akan kita jawab??!!!kita hanya mampu terdiam,menangis..tapi,tiada gunanya lagi jika kita menyesal di saat itu..kerana tidak mungkin,mustahil Allah akan kembalikan kita ke muka bumi semula...


Allah telah menfirmankannya;


وَأَنْذِرِ النَّاسَ يَوْمَ يَأْتِيهِمُ الْعَذَابُ فَيَقُولُ الَّذِينَ ظَلَمُوا رَبَّنَا أَخِّرْنَا إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ نُجِبْ دَعْوَتَكَ وَنَتَّبِعِ الرُّسُلَ أَوَلَمْ تَكُونُوا أَقْسَمْتُمْ مِنْ قَبْلُ مَا لَكُمْ مِنْ زَوَالٍ

"Dan berikanlah peringatan kepada manusia terhadap hari (yang pada waktu itu) datang adzab kepada mereka, maka berkatalah orang-orang yang dzalim: "Ya Tuhan kami, beri tangguhlah kami (kembalikanlah kami ke dunia) walaupun dalam waktu yang sedikit, niscaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti rasul-rasul. (Kepada mereka dikatakan): "Bukankah kamu telah bersumpah dahulu (di dunia) bahwa sekali-kali kamu tidak akan binasa?." (QS. Ibrahim: 44)

حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ

"(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: "Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku berbuat amal yang shaleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan." (QS. Al Mukminun: 99-100)


ingatlah sahabat,kita tidak punya banyak waktu..kita tidak tahu bila umur kita akan expired..jangan sampai kita menyesal di akhirat nanti..laksanakanlah amanahmu sebagai seorang da'ie...jangan hanya pandai menuding jari kepada orang lain..kerana amanah dakwah terpikul di bahu setiap muslim...

sabda Rasulullah s.a.w. :
 “Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim)

wallahu ta'ala a'lam..

Monday, 23 July 2012

Kekal Mujahadah!!


Bismillahirrahmanirrahim...




kutitipkan lagu ini buat sahabat seperjuangan yang tak pernah lelah menyebarkan dakwah,menegakkan syiar Islam di muka bumi tanpa pernah lupa meningkatkan tarbiah dalam diri..moga usaha kalian diberkati dan diganjari Allah serta dihadiahkan nikmat syurga olehNYA..

Kembara mencari tarbiyyah
ditemani sahabat setia
bagai Ansar Muhajirin menyulam cinta
ukhwah diikat kasih kerana-Nya
                                                  
Aral dan rintangan kami tempuhi
berpenat lelah kami tak peduli
masa tenaga kami korbankan
harta dan jiwa jadi taruhan 2x

Bagai bongkah bata tersusun kukuh
membentuk bangunan teguh
nahnu ansarullah narju mardhotillah
nahnu ansarullah jihad fisabilillah


Kami bulatkan tekad
melangkah di jalan dakwah
jangan diimpikan permaidani merah
ujian menerpa kami tak goyah

Jangan pernah putus asa apatah lagi futur dalam perjuangan ini,sahabat...bersyukurlah kerana Allah telah memilih kita sebagai pejuang agamaNya,penyambung tali perjuangan..
Teruskan berjuang selagi hayat dikandung badan selagi Islam belum tertegak di muka bumi Allah!!

Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)

Saturday, 21 July 2012

~ukhuwwah bersulam rabitah~



"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.Sahabat sejati menjadi pendorong impian.Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

Dulu ana  hampir x percaya akan ada sahabat yang akan sama2 ketawa bila ana gembira,sama2 menangis bila ana sedih,sama2 membantu bila dlm kesusahan,sama2(ermm,pe lg eak??haa!!!) makan buah tembikai dgn kulitnya sekali,sama2 angkat kayu besar(^^),sama2 makan bihun separuh masak 
+telur yang entah masak entah x,sama2 blur time kene 'brainwash'(ye ke?hihi^^) dan yang penting sume wt sme2..
bersyukur sgt sbb dpt mngenali antum,sahabat ana till jannah(insyaAllah)..
    

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)


NUKILAN BUAT SAHABAT SEPERJUANGAN
sahabatku,
saat berjauhan denganmu,
ku rasakan sebahagian hatiku kosong,
hilang seri,
wajahmu,senyum tawamu,
tak lekang dari ingatanku,

jujur,ku merinduimu sahabatku,
kerisauan,kebimbangan melanda hatiku tak kira masa dan ketika,
daku risau dan bimbang tentang keadaanmu di sana,
sihatkah antum,
sakitkah antum,
hanya Allah yg tahu..

hatiku menagih untuk bertemu denganmu,sahabatku,
tapi,apakan daya,
keluargaku masih memerlukanku disini..

ku serahkan dirimu di bawah perlindunganNYA,
Tuhan Yang Maha Esa...

(asif law x best,^^..ana x pndai mne mereka puisi ni..ni je yg termampu..tulus ikhlas dr hati)

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)

...uhibbukum fillah....


Rasulullah s.a.w. menerangkan:

“Tiap orang MuKmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mukmin yang lain:

1. iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan,
2. menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya,
3. menghulurkan simpati dengan harta sendiri,
4. mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,
5. menziarahinya ketika sakit,
6. mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan
7. tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.”

(Riwayat Ibnu Babawaih)


KOLEKSI HADITH DAN AYAT AL-QURAN
Berkaitan Dengan Kawan, Persahabatan dan Persaudaraan Menurut Islam

Kawan, persahabatan dan persaudaraan mempunyai makna yang menjunjung prinsip kehidupan. Saya telah menyusun beberapa hadis dan ayat-ayat Al Quran berkaitan dengan persahabatan untuk dijadikan rujukan.

Ayat Al Quran Mengenai Persahabatan: Sahabat Pada Hari Kiamat
(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67)

Hadis Persahabatan: Memilih Kawan
"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad)


Ayat Al Quran Berkenaan Persahabatan: Orang Zalim Yang Menggigit Jari
"Pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai alangkah baiknya kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan (Allah) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia. (Al-Furqan: 27-29)


Hadis Persahabatan: Tukang Besi dan Penjual Minyak Wangi
"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Jangkitan Orang Durjana
"Jangan bersahabat dengan orang yang durjana nanti menjangkit kedurjanaanya kepada anda. Awas dari berkawan dengan rakan/sahabat yang jahat." (Al-Mustadrak ala al Sahihain)


Hadis Mengenai Persahabatan: Orang Mukmin
"Jangan bersahabat kecuali dengan orang Mukmin." [Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Jamuan Orang Bertakwa
"Janganlah memakan jamuan anda melainkan orang yang bertaqwa." (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Cermin
"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Ikatan Setiakawan Kerana Allah
"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah." (Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)


Hadis Persahabatan: Memanfaatkan Kelebihan Diri Untuk Menolong Orang Yang Tidak Ada Kelebihan Tersebut
"Sesiapa yang mempunyai kelebihan tunggangan maka hendaklah dia membantu memudahkan untuk orang-orang yang tidak mempunyai kenderaan. Sesiapa yang mempunyai bekalan lebih maka hendaklah dia membantu orang yang tidak mempunyai bekalan." (Riwayat Muslim)


Hadis Persahabatan: Rasa Sayang
“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Doa Untuk Sahabat
Umar Ibnu al-Khattab meriwayatkan:

Pada suatu ketika saya memohon izin daripada Rasulullah s.a.w. untuk pergi menunaikan umrah. Baginda mengizinkan saya. Beliau berpesan “Jangan lupa mendoakan kami wahai saudaraku.”. Saya amat berbesar hati dengan ungkapan Baginda tersebut. (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Bermanis Muka
Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat” Riwayat Muslim)


Hadis Persaudaraan: Dua Muslim Berjabat Tangan
Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah” (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Sering Ziarah-Menziarahi
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman:

“Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku(Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)” (Riwayat Ahmad)


Hadis Persaudaraan: Ucapan Untuk Sahabat - Kelahiran Anak

“Semoga Allah memberkati anda dengan kelahiran anak ini. Semoga anda bersyukur terhadap kurniaan Allah, mudah-mudahan anda dikurniakan kebaikan setelah ianya membesar.” (Diriwayatkan daripada Hussein Saidina Ali)


Hadis Persaudaraan: Ucapan Untuk Sahabat - Pulang Dari Perjalanan Jauh

“Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan anda dalam perjalanan, mempertemukan saya dengan anda serta telah memuliakan anda dengan perjalanan tersebut.” (Diriwayatkan daripada Para Leluhur Silam; Salaf)


Hadis Persaudaraan: Ucapan Untuk Sahabat - Pulang Dari Medan Perjuangan Atau Jihad

“Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadamu kejayaan, kemuliaan dan pengorbanan.” (Riwayat Muslim, Nas’I daripada A’isya)


Hadis Persahabatan - Ucapan Untuk Saudara - Pulang Dari Menunaikan Haji

“Semoga Allah menerima ibadah hajimu, mengampunkan dosamu, serta menggantikan semula harta yang telah anda belanjakan.” (Riwayat Ibnu Sunni daripada Ibnu Umar)


Hadis Persahabatan: Memberikan Hadiah

Ad-Dailami meriwayatkan daripada Anas r.a.; Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; “Kerapkanlah memberi hadiah kerana ia boleh meneguhkan kasih sayang dan menghilangkan persanggitan hati.” (Riwayat Thabrani)

Dalam hadith yang lain Baginda bersabda:

“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih.” (Riwayat Malik)


Hadis Berkenaan Persaudaraan Dalam Islam: Tujuh Hak Seorang Muslim Daripada Muslim Yang Lain.
Rasulullah s.a.w. menerangkan:

“Tiap orang MuKmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mukmin yang lain:

  1. iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan,
  2. menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya,
  3. menghulurkan simpati dengan harta sendiri,
  4. mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,
  5. menziarahinya ketika sakit,
  6. mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan
  7. tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.”

(Riwayat Ibnu Babawaih)
 


Tuesday, 17 July 2012

Bonggol Unta?????



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; 

1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan;
2. Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-).[1] 

Perlu ke pakai sanggul tinggi-tinggi??apa yang nak ditunjukkan sebenarnya???
Pening ana pikir..kenapalah akhowat zaman sekarang ni suka sangat buat perkara yang kekasih kita,Nabi Muhammad s.a.w larang??banyak lagi perkara yang halal boleh dilakukan,tapi nak jugak buat perkara yang dilarang..mungkin mereka tak pernah dengar hadis Rasulullah s.a.w kat atas ni kot..

kalau golongan yang memakai sanggul tinggi ni orang yang kurang ilmu agama,ana taklah terkejut sangat..tapi,yang mengejutkan ana,orang yang belajar di bumi tarbiah pon buat kesalahan yang sama..ish3.. 

hurmmm...mungkin sanggul tinggi ni nampak macam perkara remah je..tapi,cuba teliti,fahami dan hayati hadis Rasulullah s.a.w tadi..balasan untuk orang yang pakai sanggul tinggi ni bukan hanya diumpamakan seperti BONGGOL UNTA,tapi golongan ni juga TIDAK AKAN MASUK SYURGA..bukan tu je,BAU SYURGA pon mereka takkan bau..

Akhowati ahibba',
sedarlah akan besarnye kesalahan antunna jika antunna memakai sanggul tinggi..
sedarlah akan balasan yang antunna akan terima jika berbuat demikian.. 

kepada para du'at,
antum punya amanah untuk sedarkan golongan yang memakai sanggul tinggi ni..
bukan hanya mengutuk kesalahan mereka...

~ingatan buat diriku dan sahabat2~