bingkisan ini ditujukan khas buat sahabat yang menyedarkan ana tentang amanah yang sentiasa terpikul di bahu ana..amanah yang perlu dilaksanakan bukan hanya di satu2 tempat,tetapi di segenap pelusuk bumi..andai ana dilempar jauh ke tempat asing sekalipun,amanah ini tetap terpikul di bahu ana..terima kasih sahabat..walaupun hanya dengan satu ucapan,"liana tolong doakan ana kuat",enti telah menyedarkan ana..
puisi ini untukmu,
Nur Aishah binti Abdul Latif serta sahabat2 ana yang lain...
sahabat,
ana tahu jalan ini payah,
ana tahu jalan ini susah,
ana tahu jalan ini tidak dihampar dengan karpet merah,
ana tahu jalan ini menuntut seribu satu pengorbanan,
tapi,ana yakin dengan jalan ini,
jalan yang ana dan sahabat pilih,
kerana ana tahu ana boleh menghadapi jalan ini,
kerana ana tahu ana boleh menempuh setiap onak dan duri sepanjang jalan ini,
kerana ana tahu ana mempunyai sahabat y
ang bersama ana dalam mengharungi setiap saat dan setiap ujian yang dihampar di jalan ini,
dan sesungguhnya ana tahu Allah akan sentiasa bersama kita sepanjang jalan ini,
menuntuni setiap derap langkah kita hingga ke syurgaNya..
insyaAllah...
------------------------------
semoga terus kuat dan bersemangat dlm menempuh jalan ini,
jalan yang sme2 kita pilih,
sme2 menguatkan,
sme2 memimpin tangan hingga ke syurgaNya..
No comments:
Post a Comment