~ menyusuri ranjau berduri,mencari cinta dan redho Illahi ~

Monday, 3 June 2013

Bumi Tarbiah,Nilam Puri..


Bismillahirrahmanirrahim..
Rindu pada bumi yang banyak mentarbiah diri ini,bumi yang mengajar diri ini erti ukhuwwah,ketabahan,pengorbanan dan perjuangan..
Di bumi Nilam Puri,Kelantan inilah tempat seorang insan yang jika dulunya lemah,diasuh menjadi kuat..
jika dulunya lembik,dididik menjadi tegar..jika dulunya tidak berdaya,ditarbiah menjadi hebat..

Sungguh ku rindukan suasana tarbiah Nilam Puri..
Diri yang dulunya berseorangan,kini tidak lagi kesepian..dihadirkan insan-insan sebagai sahabat untuk sentiasa menguatkan..selalu disisi tidak kira susah atau senang..antumlah ibu,antumlah ayah,antumlah adik beradik saat ku menerima berita yang menyedihkan..terima kasih kerana mengajarkanku erti sebuah persahabatan..

Disini juga ku kenali murabbi yang selalu memberi bimbingan..menyuluh jalan yang suram..memberi ilmu buat bekalan..jasa-jasamu takkan pernah kulupakan..

Buat insan yang pernah membantu diri ini,biarpun berkenalan cuma seketika,budimu takkan ku lupa..semoga kita bertemu di syurga ..

Kini ku temui permata yang digembar-gemburkan..
Nilam Puri sentiasa dalam ingatan ^_^

Sunday, 2 June 2013

Manis Pahit Sebuah Perjuangan



Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Selawat dan salam ke atas kekasihku,Rasulullah s.a.w..

Sesungguhnya perjuangan itu memang perit,payah,susah dan memerlukan pengorbanan..Bukan sahaja harta,tenaga,masa,malah nyawa juga turut ditagih untuk sebuah perjuangan..Disebalik pahitnya perjuangan,pasti ada terselit manisnya jika perjuangan itu disemai dengan baja-baja keikhlasan..



Jatuh bangkit dalam perjuangan adalah satu lumrah..Ia bergantung kepada kekuatan iman seseorang hamba..Tetapi,andai kita terjatuh seketika,jangan lupa untuk bangun kembali..Di sinilah kita memerlukan sahabat-sahabat yang akan sentiasa memimpin tangan kita,memapah kita,andai tiba saatnya kita goyah dan rebah..


Perjuangan itu pahit kerana syurga itu sweettt...Untuk mendapatkan barang yang mahal yang kita dambakan,pasti memerlukan usaha dan wang yang banyak..begitu juga dengan syurga Allah yang kita sentiasa dambakan..bayaran untuk menempah singgahsana di syurgaNya pasti memerlukan bekalan yang extra hebat!

Yup,memang Allah telah menjanjikan bahawa Islam akan menang,Islam akan bangkit..Tetapi,adakah kita hanya mahu menjadi pemerhati sahaja?Adakah kita mahu menjadi orang yang hanya bergoyang kaki dan menunggu  saat kemenangan agama kita sendiri??Tidak mahukah kita menjadi salah seorang penyumbang kepada perjuangan ini??

Hayya,peluang untuk berjuang tidak akan pernah tertutup dan sentiasa terbuka sehingga berakhirnya hayat seorang hambaNya!!!Bagi yang telah memilih jalan yang penuh mehnah dan tribulasi ini,teruskan langkah..move forward..jangan pernah mengalah!!Semoga Allah merahmati kita semua..Ameennn... ^_^
#Allah tidak memandang pada hasil,tetapi Allah memandang pada usaha kita#