~ menyusuri ranjau berduri,mencari cinta dan redho Illahi ~

Saturday, 20 July 2013

ISTIKHARAH ^_^

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...


alhamdulillah,masih lagi diberi ruang dan peluang untuk menulis sedikit coretan dan perkongsian ilmu yang tidak seberapa ini...
I.S.T.I.K.H.A.R.A.H....
sebelum tu,ana nak ajak sahabat2 betulkan dulu mindset kita selama ni..ramai yang apabila disebut sahaja perkataan istikharah,pasti terlintas di fikiran mereka tentang cinta-->buntu-->istikharah-->mimpi-->pilih-->nikah..kan?kan?hehe..
NO(x3) ...istikharah bukan hanya berkenaan pemilihan jodoh atau pasangan hidup..tetapi meliputi setiap urusan dalam kehidupan kita...


pernah rasa buntu?banyak sangat pilihan sampai tak tahu nak pilih mana satu??huaaaa...pening3...


haa!!!istikharah la jawapannya...hehe... : )

bukan payah sangat nak istikharah ni...solat sunat 2 rakaat je pon..hee..cuma bergantung pada kita nak buat atau tak...kalau malas,memang payah la kan...kene rajin2 kan diri,mujahadah...nak mintak sesuatu,kene lah semangat kan..fighting!!!

cara istikharah yang betul:
1)mengakui kesalahan dan bertaubat
2)bersih dalam pilihan
3)mimpi,gerak hati dan pandangan orang yang soleh
4)mengulangi istikharah..
"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah".


selepas solat tu,boleh la baca doa ni :-)


"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan urusan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan urusan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".


yang penting,ulang istikharah banyak kali dan jangan lupa doa banyak-banyak..hee

*hehe..hiasan semata-mata.. ^_^

wallahua'lam....