~ menyusuri ranjau berduri,mencari cinta dan redho Illahi ~

Monday, 16 September 2013

Maha Mendengar


Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah,Tuhan yang telah menciptakan alam yang serba indah ini..Selawat dan salam buat kekasih yang selalu dirindui,Rasulullah s.a.w..Moga harapanku untuk bertemu denganmu dimakbulkan Allah..ameen..




Yang meniti dibibirku
Yang terlintas di akalku
Yang terbisik di hatiku
Semua Dia kan tahu
Kerna Dia yang menciptakannya
Semua di dalam kekuasaanNya..
Di dalam susah pintalah kepadaNya
Kerna Dia pasti mendengarkannya
Juga di dalam senang pintalah kepadaNya
Moga bahagia kan sentiasa bersama..
Ya Allah,
Kau Maha Maha Mendengar
Tiap kata yang hamba lontarkan
Tiap doa yang hamba pohonkan..
Ya Allah,
Engkau Maha Memberi
Segala kurniaan dan rezeki
Ya Allah..

-Halim Ahmad;Maha Mendengar-
http://www.youtube.com/watch?v=7KQOfrDAeD4

 


Manusia sering lupa,lalai dan alpa..Keseronokan dunia terkadang membutakan mata,membutakan hati..Membuatkan manusia hanyut dibuai tipu daya dunia..Apabila dugaan datang menjengah,barulah tersentap,terjaga dari mimpi indah dunia..Di saat itu,barulah manusia berpusu-pusu,berbondong-bondong meminta pertolongan dariNya..Na’uzubillah,harapnya kita tidak termasuk dalam golongan sebegini..

Ingatlah,Dia sentiasa mengetahui setiap apa yang kita ucapkan,setiap apa yang kita lakukan,hatta setiap apa yang terlintas di hati juga didalam pengetahuanNya..Layakkah kita sebagai hambaNya,yang dipinjamkan nyawa hanya untuk seketika,mengingatiNya sekadar apabila ditimpa ujian,mehnah dan tribulasi?Fikir-fikirkan,sahabat-sahabat..Kita tidak tahu bila ‘expired date’ nyawa yang dipinjamkanNya untuk kita..Bila-bila masa sahaja,pinjaman ini boleh ditarik balik..Nyawa ini bukan hak kita,sahabat2..



One more thing,jangan terlalu takut kepada manusia sehingga membantutkan segala kerja-kerja dakwah kita..Serahkan 100% pergantungan kepadaNya..InsyaAllah,lama kelamaan perasaan takut tu akan merangkak-rangkak sedikit demi sedikit meninggalkan kita,dan automatically we’ll be brave..



Teruskan berdakwah walau ditimpa bermacam musibah.
See u in jannah,ameen.. J

Saturday, 7 September 2013

MENEMPUH REALITI DI ALAM BARU


Bismillahirrahmanirrahim…


Alhamdulillah,setinggi-tinggi syukur kupanjatkan kepada Allah kerana masih meminjamkanku nyawa untuk terus berjuang menegakkan agamaNya..Selawat dan salam buat junjungan baginda s.a.w kerana diatas pengorbanannya yang tidak terhingga,ana tidak hidup dalam zaman jahiliyyah yang penuh kesesatan..



“MENEMPUH REALITI DI ALAM BARU”,perkongsian yang ana akan bawakan sebagai satu pedoman buat kita semua terutamanya pada sesiapa yang ingin atau akan melanjutkan pelajaran di universiti yang paling lama bertapak di Malaysia,Universiti Malaya dan diharapkan dapat membuka mata insan-insan yang baru sahaja bergelar mahasiswa/I UM..Perkongsian ini hanya berkisar tentang seminggu yang paling some say “tidak dapat dilupakan sampai bila-bila”..bukan kerana dipenuhi dengan perkara yang dapat membina jiwa,tetapi kerana pengakhirannya MESTI/WAJIB “ditutupi” dengan istighfar dan solat taubat…kenapa ana cakap macam tu?let read some story,ok..(pengalaman ana memang berbeza dengan sahabat-sahabat semua  kerana walaupun kita di universiti yang sama tapi kita insan yang berbeza,punya hati yang berbeza dan pancaindera yang berbeza and of course ade yang berbeza kolej dengan ana kan..hihi)






First thing yang ana nak bagitahu,ana terkilan+sedih+sebak sangat bila diarah untuk buka purdah..padahal,ana dah cuba sedaya upaya untuk aktif,jadi macam orang lain walaupun ana berpurdah..sebelum masuk UM ni,ana da cuba cekalkan hati untuk jadi “ghuraba” tak kira dalam situasi apa pon..dan kalau fikir secara rasional pon,ana rasa orang yang berpurdah ni tak mengganggu atau memberi impak pon..we were just “hiding” our face..tapi,bila diarah jugak untuk buka,hati ana mula memberontak..mood berterabur,spoil!rasa macam nak ikut kepala sendiri je..alhamdulillah,ada ramai sahabat yang menenangkan..ana fikir-fikir balik..kalau tindakan ana akan datangkan fitnah pada muslim dan Islam itu sendiri,better ana buka..so,dengan sangat berat hati,hari yang ke-4,ana buka purdah ana..walaupun orang lain nampak ana macam biasa je,but truly it’s really hurt my feelings..sakit..sebak..sedih..hanya Allah yang tahu..


UM memang terkenal dengan budaya ‘cheers’ yang menjadi ‘ketakutan’ kepada student-student jurusan agama terutamanya..so,the first day I came here,in UM,ana dah mula terfikir apa agaknya perancangan PM(pemudahcara mahasiswa) untuk kolej ana(kk11) untuk cheers ni..risau memang risau..kalau lelaki,mungkin cheers ni tidak menjadi masalah..tapi,perempuan??lots of thing yang kami kene fikirkan..tapi agak mengejutkan bila PM sel(group) ana kata,”bagi yang muslimah,tolong buat cheers sesopan yang mungkin..jangan sampai memalukan diri sendiri”..alhamdulillah,I felt very happy that time..ade juga PM yang kata,”cheers ni memang untuk lelaki..so,yang perempuan tolong jangan sampai melampaui batas”..lebih kurang macam tu la ayatnya..

When we came to DTC(Dewan Tunku Canselor),mula la kolej masing-masing “menggila”..macam-macam ragam ada.. yang agak menyedihkan bila ada juga perempuan dari kolej lain yang jadi “booster”.. for me,ia sangat-sangat memalukan..ke mana hilangnya sifat malu seorang wanita??Allah.... sejujurnya,ana bukannya tolak cheers ni 100%..ana pon minat buat benda2 macam cheers ni..tapi,just untuk naikkan semangat bukannya sampai mencipta perasaan benci terhadap kolej lain,perempuan especially muslimah bagai hilang perasaan malunya dan tidak mencerminkan sifat seorang mahasiswa/i kerana it look like someone yang tak bertamadun je..

Untuk memendekkan cerita,malam last adalah malam yang paling menyesakkan dada..dengan hiburan yang boleh dikategoikan sebagai melampau,dihiasi perilaku-perilaku yang sangat-sangat “tidak baik untuk kesihatan”..yang paling membuatkan ana sebak,bila seorang muslimah bertudung come to the stage and sang a song “hey,big spender”..ana yakin aksinya mampu melunturkan iman muslimin yang ada..dan ana sangat-sangat malu dan sedih melihat perlakuannya..terdiam ana seketika..bermuhasabah..my friend said,”semoga kita mati dalam iman”..ana tak dapat bayangkan if nyawa yang dipinjamkan oleh Allah untukku ditarik pada masa tu..mati dalam iman ke ana? I didn’t do anything untuk cegah maksiat waktu tu..”dan cegahlah dengan hati..dan itu adalah selemah-lemah iman”..lemahnya imanku kerana hanya mampu mencegah dengan hati..tidak dapat melakukan apa-apa.. Astaghfirullah,dalam keriuhan,ana hanya mampu menangis menahan sebak dan beristighfar di dalam hati..thanks to my beloved friend,hanisah,because lending me your shoulders to cry on that situation..among 2000++ student in DTC tu,ana sorang je ke yang menangis time orang cheers macam nak gila?ana pasti bukan..pasti ramai lagi sahabat-sahabat yang menahan sebak kan..

Kesimpulannya,kita kena sedar sebenarnya tugas kita,amanah kita sebagai seorang da’ie amat-amat besar dan kita sangat-sangat memerlukan sahabat-sahabat dan jemaah untuk berdakwah supaya kita tidak tersungkur di tengah jalan..Allah berfirman dalam surah as-saff ayat ke 4,”Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur,seolah-olah mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh”..HIDUPLAH DALAM JEMAAH!HIDUPLAH DALAM ISLAM!dan SOKONGLAH KUMPULAN YANG MENEGAKKAN ISLAM bukan yang berpura-pura membawa nama Islam..