Bismillahirrahmanirrahim...
Seinfiniti syukur buat yang telah menciptakanku,Tuhan Sekalian Alam..Yang Maha Esa,Maha Pemurah,Maha Mengasihani hamba-hambaNya...Segunung rindu buat kekasih hati,Rasulullah s.a.w..Moga aku tergolong dalam golongan yang mendapat hidayahNya, syafaat dari kekasihNya, dan bakal penghuni syurgaNya..
Alhamdulillah,setelah sekian lama jari jemari ini berehat, akhirnya hari ini Allah kembali tarikannya walaupun bukan di atas papan kekunci yang sama.. DIA jugalah yang meminjamkan masa yang singkat ini buatku dan DIA jugalah yang menjentik hati ini untuk kembali menulis berkongsi rasa dengan hamba-hambaNya.. Semoga nukilan yang sedikit ini memberikan kita manfaat walaupun sedikit..
Semalam,sahabat-sahabat ana merancang untuk mengadakan gathering di tasik varsiti..Namun,kami hanya merancang,Allah jugalah yang menentukan segala-galanya..Mungkin tasik varsiti bukanlah tempat yang terbaik untuk kami...Alhamdulillah,DIA bukakan peluang untuk kami mencipta pahala menambah bekalan akhirat yang sememangnya sedikit..lalu Allah hantarkan kami lebih jauh dari itu..Shah Alam..
Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa setengah jam bertukar menjadi agak panjang..memandu berpandukan GPS,dengan doa yang sentiasa dipanjatkan dan tawakkal yang memenuhi segenap ruang hati,akhirnya kami sampai ke destinasi..Misi kami,membahagikan bantuan banjir yang diterima dari orang ramai..bukan sedikit,tapi sangat-sangat banyak..Hati mula diketuk perasaan ta'ajub..hebatnya orang yang bersedekah..
Sedikit demi sedikit,kami bahagikan mengikut jenis..pakaian wanita,lelaki,kanak-kanak..tenaga kerjanya hampir 25 orang..4/5 darinya adalah MUSLIMAT!!di mana hilangnya muslimin?wallahua'lam..ana tidak menafikan kekuatan muslimat,tetapi melihatkan barang-barang infak yang kebanyakannya besar dan berat,ana rasa mungkin kerja itu lebih sesuai dilakukan oleh muslimin,,manakala muslimat boleh membantu dalam membahagikannya mengikut jenis-jenisnya..That's not the main point..yang paling penting,ana dapat merasai keikhlasan orang yang sanggup menginfakkan hartanya untuk membantu saudara-saudaranya..semoga hamba-hamba Allah ini mendapat ganjaran daripada Allah..ameen..
Sahabat,
jangan pernah merasa berat untuk menginfakkan hartamu,kerana harta yang kita ada itu juga bukan milik kita..jika tiada harta yang boleh diinfakkan,infakkanlah tenagamu,masamu,jiwamu..mungkin kita takkan merasa manfaatnya di dunia,tetapi semoga setiap apa yang kita infakkan tersebut menjadi saksi kita di mahsyar nanti..semoga Allah memudahkan perjalananmu meniti titian sirat dan semoga syurga menjadi tempat berkumpulnya kita semua..siiru 'ala barakatillah..