~ menyusuri ranjau berduri,mencari cinta dan redho Illahi ~

Tuesday, 17 July 2012

Bonggol Unta?????



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; 

1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan;
2. Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-).[1] 

Perlu ke pakai sanggul tinggi-tinggi??apa yang nak ditunjukkan sebenarnya???
Pening ana pikir..kenapalah akhowat zaman sekarang ni suka sangat buat perkara yang kekasih kita,Nabi Muhammad s.a.w larang??banyak lagi perkara yang halal boleh dilakukan,tapi nak jugak buat perkara yang dilarang..mungkin mereka tak pernah dengar hadis Rasulullah s.a.w kat atas ni kot..

kalau golongan yang memakai sanggul tinggi ni orang yang kurang ilmu agama,ana taklah terkejut sangat..tapi,yang mengejutkan ana,orang yang belajar di bumi tarbiah pon buat kesalahan yang sama..ish3.. 

hurmmm...mungkin sanggul tinggi ni nampak macam perkara remah je..tapi,cuba teliti,fahami dan hayati hadis Rasulullah s.a.w tadi..balasan untuk orang yang pakai sanggul tinggi ni bukan hanya diumpamakan seperti BONGGOL UNTA,tapi golongan ni juga TIDAK AKAN MASUK SYURGA..bukan tu je,BAU SYURGA pon mereka takkan bau..

Akhowati ahibba',
sedarlah akan besarnye kesalahan antunna jika antunna memakai sanggul tinggi..
sedarlah akan balasan yang antunna akan terima jika berbuat demikian.. 

kepada para du'at,
antum punya amanah untuk sedarkan golongan yang memakai sanggul tinggi ni..
bukan hanya mengutuk kesalahan mereka...

~ingatan buat diriku dan sahabat2~




2 comments:

  1. salam ,.,
    kat sklh jah , rmai giler yg wat sanggul tinggi , byk kali dh tegur , . , smpai pengetua pown warning ( nie syg pengetua nie ) , . , tp ibarat mencurah air ke daun keladi je.. nak wat pe lagi ye ??? ade cdngn ???? <3 ^^

    ReplyDelete
  2. wsalam..wt la peraturan baru..semua pelajar akhowat mesti berambut pendek..baru x boleh sanggul..^^
    doa la banyak2 supaya Allah beri hidayah kepada mereka..insyaAllah,Allah akan bantu..

    ReplyDelete