Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah,setinggi-tinggi
syukur kupanjatkan kepada Allah kerana masih meminjamkanku nyawa untuk terus
berjuang menegakkan agamaNya..Selawat dan salam buat junjungan baginda s.a.w
kerana diatas pengorbanannya yang tidak terhingga,ana tidak hidup dalam zaman
jahiliyyah yang penuh kesesatan..
“MENEMPUH
REALITI DI ALAM BARU”,perkongsian yang ana akan bawakan sebagai satu pedoman
buat kita semua terutamanya pada sesiapa yang ingin atau akan melanjutkan
pelajaran di universiti yang paling lama bertapak di Malaysia,Universiti Malaya
dan diharapkan dapat membuka mata insan-insan yang baru sahaja bergelar
mahasiswa/I UM..Perkongsian ini hanya berkisar tentang seminggu yang paling some
say “tidak dapat dilupakan sampai bila-bila”..bukan kerana dipenuhi dengan perkara
yang dapat membina jiwa,tetapi kerana pengakhirannya MESTI/WAJIB “ditutupi”
dengan istighfar dan solat taubat…kenapa ana cakap macam tu?let read some
story,ok..(pengalaman ana memang berbeza dengan sahabat-sahabat semua kerana walaupun kita di universiti yang sama
tapi kita insan yang berbeza,punya hati yang berbeza dan pancaindera yang
berbeza and of course ade yang berbeza kolej dengan ana kan..hihi)
First thing
yang ana nak bagitahu,ana terkilan+sedih+sebak sangat bila diarah untuk buka
purdah..padahal,ana dah cuba sedaya upaya untuk aktif,jadi macam orang lain
walaupun ana berpurdah..sebelum masuk UM ni,ana da cuba cekalkan hati untuk
jadi “ghuraba” tak kira dalam situasi apa pon..dan kalau fikir secara rasional
pon,ana rasa orang yang berpurdah ni tak mengganggu atau memberi impak pon..we
were just “hiding” our face..tapi,bila diarah jugak untuk buka,hati ana mula
memberontak..mood berterabur,spoil!rasa macam nak ikut kepala sendiri
je..alhamdulillah,ada ramai sahabat yang menenangkan..ana fikir-fikir balik..kalau
tindakan ana akan datangkan fitnah pada muslim dan Islam itu sendiri,better ana
buka..so,dengan sangat berat hati,hari yang ke-4,ana buka purdah ana..walaupun
orang lain nampak ana macam biasa je,but truly it’s really hurt my
feelings..sakit..sebak..sedih..hanya Allah yang tahu..
UM memang
terkenal dengan budaya ‘cheers’ yang menjadi ‘ketakutan’ kepada student-student
jurusan agama terutamanya..so,the first day I came here,in UM,ana dah mula
terfikir apa agaknya perancangan PM(pemudahcara mahasiswa) untuk kolej ana(kk11)
untuk cheers ni..risau memang risau..kalau lelaki,mungkin cheers ni tidak
menjadi masalah..tapi,perempuan??lots of thing yang kami kene fikirkan..tapi
agak mengejutkan bila PM sel(group) ana kata,”bagi yang muslimah,tolong buat
cheers sesopan yang mungkin..jangan sampai memalukan diri sendiri”..alhamdulillah,I
felt very happy that time..ade juga PM yang kata,”cheers ni memang untuk
lelaki..so,yang perempuan tolong jangan sampai melampaui batas”..lebih kurang
macam tu la ayatnya..
When we
came to DTC(Dewan Tunku Canselor),mula la kolej masing-masing “menggila”..macam-macam
ragam ada.. yang agak menyedihkan bila ada juga perempuan dari kolej lain yang
jadi “booster”.. for me,ia sangat-sangat memalukan..ke mana hilangnya sifat
malu seorang wanita??Allah.... sejujurnya,ana bukannya tolak cheers ni
100%..ana pon minat buat benda2 macam cheers ni..tapi,just untuk naikkan
semangat bukannya sampai mencipta perasaan benci terhadap kolej lain,perempuan
especially muslimah bagai hilang perasaan malunya dan tidak mencerminkan sifat
seorang mahasiswa/i kerana it look like someone yang tak bertamadun je..
Untuk
memendekkan cerita,malam last adalah malam yang paling menyesakkan dada..dengan
hiburan yang boleh dikategoikan sebagai melampau,dihiasi perilaku-perilaku yang
sangat-sangat “tidak baik untuk kesihatan”..yang paling membuatkan ana
sebak,bila seorang muslimah bertudung come to the stage and sang a song “hey,big
spender”..ana yakin aksinya mampu melunturkan iman muslimin yang ada..dan ana
sangat-sangat malu dan sedih melihat perlakuannya..terdiam ana
seketika..bermuhasabah..my friend said,”semoga kita mati dalam iman”..ana tak dapat
bayangkan if nyawa yang dipinjamkan oleh Allah untukku ditarik pada masa
tu..mati dalam iman ke ana? I didn’t do anything untuk cegah maksiat waktu tu..”dan
cegahlah dengan hati..dan itu adalah selemah-lemah iman”..lemahnya imanku
kerana hanya mampu mencegah dengan hati..tidak dapat melakukan apa-apa.. Astaghfirullah,dalam
keriuhan,ana hanya mampu menangis menahan sebak dan beristighfar di dalam
hati..thanks to my beloved friend,hanisah,because lending me your shoulders to
cry on that situation..among 2000++ student in DTC tu,ana sorang je ke yang
menangis time orang cheers macam nak gila?ana pasti bukan..pasti ramai lagi
sahabat-sahabat yang menahan sebak kan..
Kesimpulannya,kita
kena sedar sebenarnya tugas kita,amanah kita sebagai seorang da’ie amat-amat
besar dan kita sangat-sangat memerlukan sahabat-sahabat dan jemaah untuk
berdakwah supaya kita tidak tersungkur di tengah jalan..Allah berfirman dalam
surah as-saff ayat ke 4,”Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang di
jalanNya dalam barisan yang teratur,seolah-olah mereka seperti suatu bangunan
yang tersusun kukuh”..HIDUPLAH DALAM JEMAAH!HIDUPLAH DALAM ISLAM!dan SOKONGLAH
KUMPULAN YANG MENEGAKKAN ISLAM bukan yang berpura-pura membawa nama Islam..
time yang nyanyi tu,terpikir kalau dia budhist or christy or somting like that xde la kita rasa terkilan sangat kan,but unfortunely she is a muslim girl who wears hijab.
ReplyDeleteyup..i'm really shocked actually..tp,itu la realiti mad'u zaman sekarang..n tugas kite as a da'ie untuk smpaikn dakwah bukn hanya berdiam diri.. #a new hope :)
ReplyDelete